CHENGDU, 13 Ogos – Pilihan utama Jepun, Satomi Watanabe merangkul pingat emas perseorangan wanita di Sukan Dunia dengan kemenangan bergaya 3-0 ke atas pemain Perancis, Marie Stephan, pada perlawanan akhir hari ini.
Dalam saingan penentuan pingat gangsa, lawan separuh akhir Watanabe, Marta Dominguez dari Sepanyol, turut mencatat kemenangan 3-0 ke atas pemain Hong Kong, Ho Tze Lok.
Victor Crouin / Foto AFP
Bagi acara perseorangan lelaki, pemain Perancis, Victor Crouin mengekalkan penguasaan selepas menewaskan wakil Hungary, Balazs Farkas, 3-0 di Hi-Tech Zone Sports Centre Public Fitness Gymnasium, sekali gus merampas semula gelaran yang dimenanginya pada edisi Birmingham 2022.
Pemain Colombia, Miguel Rodriguez pula mencipta sejarah apabila meraih pingat gangsa, pingat pertama buat pemain skuasy dari Amerika Selatan di Sukan Dunia selepas menundukkan wakil Switzerland, Dimitri Steinmann, 3-1. -REUTERS