fb fb fb fb fb

Pemain Thailand kuasai pusingan kelayakan ASEAN Kejohanan Golf Maybank 2025

Pemain Thailand menguasai sepenuhnya kelompok lima teratas Pusingan Kelayakan ASEAN Kejohanan Golf Maybank 2025 di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC) / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 13 Ogos - Pemain Thailand menguasai sepenuhnya kelompok lima teratas Pusingan Kelayakan ASEAN Kejohanan Golf Maybank 2025 di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC), sekali gus menutup peluang wakil Malaysia untuk mara ke kejohanan berprestij itu.

Kritchanya Kaopattanaskul muncul juara selepas menamatkan saingan dengan catatan tujuh bawah par 137, diikuti rakan senegara Achiraya Sriwong di tempat kedua, lima bawah par 139.

Namo Luangnitikul berada di kedudukan ketiga par 144, manakala Cholcheva Wongras dan Kan Bunnabodee berkongsi tempat keempat, dua atas par 146.

Wakil negara, Ng Jing Xuen dan Genevieve Ling, ketinggalan hanya satu pukulan untuk menempatkan diri dalam kelompok teratas apabila berkongsi kedudukan keenam dengan catatan tiga atas par 147.

1308 SKN GOLF MAYBANK KELAYAKAN 2Ng Jing Xuen

Dalam pada itu pemain golf wanita negara, Jing Xuen akui kecewa terhadap kegagalan pada pusingan kelayakan berkenaan walaupun telah memberikan yang terbaik.

“Begitulah kehidupan dan golf, ada pasang surutnya. Saya sedikit kecewa dengan prestasi hari ini, namun gembira kerana berjaya mencatat rekod peribadi 22 putt, satu pencapaian yang membanggakan. Walaupun hanya ketinggalan satu pukulan untuk layak, saya tetap menerimanya," katanya.

Kejohanan Golf Maybank 2025 dijadual berlangsung di KLGCC dari 30 Oktober hingga 2 November ini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN