fb fb fb fb fb

Warga Johor digalakkan sertai aktiviti sukan sempena HSN 2022

JOHOR BAHRU, 5 Oktober- Jabatan Belia dan Sukan Johor menyasarkan seramai 37,000 rakyat negeri itu menyertai pelbagai aktiviti sukan sempena Hari Sukan Negara (HSN) peringkat negeri.

Ia bakal dianjurkan di semua 10 daerah, sepanjang bulan ini.

Menurut Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia Dan Sukan negeri, Mohammad Khairul Mohd Dam, kemuncak sambutannya ialah pada 7 dan 8 Oktober ini di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

"Kita menggalakkan penyertaan daripada semua rakyat Johor khususnya golongan belia untuk bersama-sama dengan kita memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara yang akan dilangsungkan secara serentak seluruh negara.

Selain itu, sama-sama kita mulakan gaya hidup sihat bermula tahun ini," kata Khairul kepada pemberita RTM selepas satu sesi temu bual di konti JOHORfm.

HSN di Johor dianjurkan dengan kolaborasi MBJB yang turut menganjurkan JB Neon dan Hari Tanpa Kenderaan

Antara sukan diadakan ialah pertandingan lompat tali, ‘penalty shoot-out’ untuk Orang Kurang Upaya, bola keranjang, silat olahraga dan wushu.

Turut diadakan, pameran dan jualan peralatan sukan serta barangan kesihatan.


(Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia Dan Sukan negeri,
Mohammad Khairul Mohd Dam ditemui pemberita selepas bersiaran di konti JOHORfm)

Media Baharu