ROSARIO, 8 Julai –Bintang bola sepak Argentina, Angel Di Maria, secara rasmi diperkenalkan sebagai pemain baharu Rosario Central pada Isnin.
Kehadiran beliau kali ini itu adalah untuk memenangi kejuaraan pertama bersama kelab tempat beliau memulakan karier profesional hampir dua dekad lalu.
Pemain tengah berusia 37 tahun itu baru sahaja bersara daripada skuad kebangsaan Argentina, dan kini kembali ke kelab kampung halamannya, di mana segalanya bermula pada tahun 2005.
Selepas dua tahun bersama Rosario, Di Maria berhijrah ke Eropah menyertai Benfica, dan seterusnya beraksi di beberapa kelab gergasi seperti Real Madrid, Manchester United, Paris Saint-Germain, dan Juventus.
Sepanjang kariernya, beliau telah mengumpul 30 kejuaraan di Eropah dan 6 trofi bersama skuad kebangsaan Argentina, termasuk Copa America dan Piala Dunia 2022.
Kini, satu impian terakhir masih belum tercapai iaitu menjulang trofi bersama Rosario Central.
Kepulangan Di Maria telah mencetuskan keterujaan besar dalam kalangan penyokong setia kelab itu.
Penampilan pertama beliau bersama Roasario dijangka menjadi tumpuan utama peminat bola sepak Argentina.-REUTERS.