fb fb fb fb fb

Wimbledon: Sinner, Swiatek mara ke suku akhir

Bintang tenis Itali, Jannik Sinner / Foto REUTERS

LONDON, 8 Julai-Pilihan utama, Jannik Sinner, melangkah ke suku akhir Wimbledon selepas lawannya, Grigor Dimitrov, terpaksa menarik diri akibat kecederaan otot dada

Dimitrov, pilihan ke-19, memenangi dua set pertama 6-3, 7-5 dan sedang mendahului 2-2 pada set ketiga sebelum rebah ke gelanggang sambil memegang bahagian dadanya.

Pemain Bulgaria itu yang sebelum ini telah menarik diri daripada empat kejohanan Grand Slam terakhir kerana kecederaan, menerima rawatan sebelum akhirnya menarik diri.

Sinner akhirnya mara ke suku akhir dan akan berdepan pilihan ke-10 dari Amerika Syarikat, Ben Shelton.

Dalam aksi wanita, pilihan kelapan, Iga Swiatek, mengetepikan permulaan hambar untuk menewaskan pemain Denmark, Clara Tauson, 6-4, 6-1 dan mara ke suku akhir Wimbledon buat kali kedua dalam tiga tahun.

Swiatek memulakan perlawanan dengan dua kesilapan berturut-turut yang menyebabkan servisnya dipatahkan seawal set pertama.

Namun selepas itu, bintang Poland itu tidak lagi melakukan kesilapan besar dan mempamerkan aksi dominan, menamatkan perlawanan hanya dalam 65 minit.

Swiatek akan bertemu pemain Russia, Liudmila Samsonova, untuk merebut tempat ke separuh akhir.-REUTERS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD