fb fb fb fb fb

Wan Kuzain bakal sertai Harimau Malaya

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin /Foto RTM

KELANA JAYA, 30 Ogos-Hasrat peminat untuk melihat Wan Kuzain Wan Kamal menyarung jersi skuad bola sepak kebangsaan kini menjadi kenyataan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan, pemain berusia 25 tahun itu menyatakan kesediaan bermain untuk Harimau Malaya.

Menurutnya, Wan Kuzain akan menyertai pasukan kebangsaan pada kalendar antarabangsa FIFA bulan September.

"Sepatutnya Wan Kuzain dah menyertai kita kali ini. Beliau sudah pun beberapa kali menghubungi saya tetapi ketika ini beliau sedang cedera", kata Hamidin pada sidang media khas di Wisma FAM, di sini.

Selain Wan Kuzain, Harimau Malaya yang dibimbing Pau Marti Vicente juga berpotensi diperkuatkan dengan kehadiran pemain pertahanan Go Ahead Eagles, Mats Deijl.

Sementara itu, Datuk Hamidin mendakwa bekas ketua jurulatih negara, Kim Pan Gon bersikap tidak jujur, berhubung peletakan jawatannya bulan lepas.

Tanpa pengetahuannya, pengendali berusia 55 tahun itu telah berbincang dan bersetuju untuk menyertai kelab Korea Selatan, Ulsan HD FC.

"Apabila beliau balik dan berjumpa degan saya  bagitu tergesa-gesa menyatakan bahawa dia hendak saya lepaskan kontrak dan saya menyatakan mengapa. Saksinya timbalan saya ada. Pegawai-pegawai saya kata mengapa ini boleh terjadi dan Kim Pan Gon mengatakan beliau ada masalah dengan isteri beliau", katanya.

Datuk Hamidin berkata FAM tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Pan Gon kerana mengenang jasanya kepada pasukan negara.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD