fb fb fb fb fb

Malaysia lakar sejarah tuan rumah edisi pertama World Cup Lawn Bowls 2025

Foto World Bowls

KUALA LUMPUR, 3 November - Malaysia melakar sejarah apabila menjadi tuan rumah edisi pertama Kejohanan Boling Padang Piala Dunia 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur, bermula esok hingga 8 November ini

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) turut mengeluarkan perbelanjaan RM1 juta bagi membeli gelanggang mudah alih untuk kegunaan kejohanan.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut memperuntukkan RM500,000 bagi tujuan penganjuran.

“Hasrat kita, apabila kita sudah ada juara dunia dalam boling padang di Malaysia, saya nak lebih ramai lagi rakyat Malaysia tahu mengenai boling padang dan program seperti Piala Dunia di sini akan memberikan kesedaran yang lebih tinggi kepada masyarakat di sini mengenai sukan itu,” katanya.

"Negara menerima notis untuk membuat bidaan menjadi tuan rumah kira-kira lima bulan lalu.

"Usaha tersebut diketuai oleh Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) Datuk Awalan Abdul Aziz.Datuk Awalan." katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kejohanan Boling Padang Piala Dunia 2025 di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

AZRUL FAIZAL JUSOH