PARIS, 30 Ogos- Atlet memanah para lelaki negara, G. Daneshen mengakui angin kuat menjejaskan persembahan di peringkat compaund terbuka hari ini.
Beliau yang berusia 26 than itu bagaimanapun optimis akan melakukan yang terbaik pada penampilannya esok.
Saingan yang berlangsung di Venue Invalides,Paris itu menyaksikan beliau berpuasxhati di kedudukan ke-31 daripada 32 pemanah meneurs 666 mata.
"Pusingan seterusnya pada esok, dan saya akan buat yang terbaik. Tetapi pertandingan hari ini pun sudah habis, skor pun okey sikit untuk saya. Satu lagi faktor angin, angin memang kuat tetapi saya teruskan. Okey juga, yang ni tiada masalah," katanya kepada pemberitaselepas selesai cara compound terbuka di sini.
Terdahulu dua pemanah negara menampilkan aksi positif apabila mereka yang diwakili juara memanah para dunia 2019 S. Suresh bagi acara recurve individu lelaki terbuka dan compound individu wanita terbuka Nur Jannaton Abdul Jalil melakukan catatan peribadi terbaik dalam pusingan ranking.
Suresh menamatkan saingan di tempat ke-12 dengan 625 mata dan Nur Jannaton pula menduduki tempat ke-24 dengan 649 mata.