PARIS, 30 Ogos- Misi meraih pingat pada hari pertama dilihat tidak kesampaian apabila atlet berbasikal para negara, Muhamad Yusof Hafizi Shaharudin tidak berjaya melayakan diri ke peringkat akhir.
Saingan berlangsung di Saint-Quentin-en-Yvelines Velodrome itu menyaksikan hasrat atlet berusia 26 tahun itu tidak kesampaian.
Yusof Hafizi menamatkan perlumbaan bagi acara 3,000 meter kejar mengejar dalam kategori C1 dengan catatan masa 3 minit 55.254 saat.
Namun beliau tetap berpuas hati dengan prestasi kali ini apabila mampu memecahkan rekod peribadi di kejuaraan berbasikal trek para dunia di Rio, Brazil pada Mac lalu.
"Tadi dengan coach saya letak masa 3.53 untuk PB tetapi saya dapat pecahkan PB saya sendiri hari ini 3.53 daripada 4.01 yang direkodkan di Brazil," katanya keketika ditemui pemberita di sini.
China mendominasi perlumbaan berkenaan dengan pingat emas menjadi milik Li Zhangyu dan perak milik Liang Weicong.
Manakala pelumba Sepanyol, Ten Argiles Ricardo berpuas hati dengan meraih pingat gangsa.
Bagaimnaapun perjuangan Yusof Hafizi belum tamat di pentas sukan terbesar dunia itu kerana masih memiliki saingan dalam tiga acara lagi.