PERTH, 30 Oktober – Kapten Australia, Harry Wilson komited untuk terus meningkatkan prestasi pasukannya meski mencatat kekalahan ke-11 berturut-turut kepada New Zealand dalam aksi penutup Rugby Championship yang menyaksikan mereka tewas 28-14 di laman sendiri.
Menurut Harry, disiplin longgar dan kesilapan mudah sekali lagi menjadi punca kekalahan seterusnya menamatkan kempen dengan dua kemenangan dan empat kekalahan.
“Kami bersaing dengan hebat. Kami mahu menang, tetapi masih banyak perkara yang perlu kami baiki untuk menandingi pasukan lain,” katanya.
Kekalahan itu turut memburukkan lagi kedudukan ranking Australia yang kini di tempat ketujuh dunia.
Tambahnya, mereka perlu memperbaiki kedudukan menjelang penentuan undian Piala Dunia 2027 Disember ini, bagi mengelak daripada diundi bersama pasukan gergasi dalam peringkat kumpulan.
Kejohanan edisi 2025 itu dimenangi Afrika Selatan Springboks, diikuti New Zealand All Balcks, Australia Wllabies dan Argentina The Pumas..
Australia dijadualkan bertemu Jepun di Tokyo pada 25 Oktober, diikuti perlawanan menentang England, Itali, Ireland dan Perancis sepanjang bulan November.
