fb fb fb fb fb

Wakil Singapura juara Labuan Nine Ball Invitational 2023

LABUAN, 18 Jun- Dominic Ng Chi Hoe dari Singapura muncul juara dalam pertandingan Labuan Nine Ball Invitational 2023, selepas menewaskan pemain Malaysia Muhammad Almie Muhamad Yakub di perlawanan akhir.
 
Dominic menewaskan Muhammad Almie dengan kiraan mata 11-9 sekaligus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 beserta trofi.
 
Sementara Muhammad Almie yang juga pemenang pingat perak pada temasya Sukan SEA di Kemboja baru-baru ini berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan trofi.
 
Terdahulu di peringkat separuh akhir, Dominic Ng menewaskan David Tan Thiam Hua dari Malaysia, manakala Muhammad Almie mencatat kemenangan ke atas pemain Brunei, Ahmad Taufiq.
 
Kejohanan yang berlangsung sejak 13 Jun lalu menghimpunkan seramai 64 pemain dari dalam dan luar negara.

Kejohanan dianjurkan bersama David Pool Labuan, Aquesta Travel & Tours dan Utama Venture Sdn Bhd.
 


(Aksi pemain negara, Muhammad Almie Muhamad Yakub)

Media Baharu