fb fb fb fb fb

KBS tubuh jawatankuasa bertindak tangguh pembatalan PAFA

(FOTO RTM)

IPOH, 17 Jun-Satu jawatankuasa bertindak akan ditubuhkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menangguhkan pembatalan Persatuan Bola Sepak Perak Darul Ridzuan (PAFA) oleh Pesuruhjaya Sukan (PJS) berikutan kemelut dalaman yang dialami persatuan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata jawatankuasa terbabit akan memantau perkembangan PAFA dan melaksanakan semula mesyuarat agung tahunan (AGM) bagi memilih kepimpinan baharu.

Menurut Khairuddin lagi, anggota jawatankuasa bertindak itu akan dipilih sendiri oleh kementerian Belia dan sukan (KBS).

Ujarnya, rayuan telah dikemukakan oleh pihak PAFA kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, setelah menerima surat pembatalan oleh PJS.

Sebelum ini, PAFA digantung selama 6 bulan oleh PJS berikutan kemelut yang melanda persatuan berkenaan berikutan wujud pertelagahan antara dua kumpulan yang mendakwa masing-masing sebagai jawatankuasa sah badan induk itu.


(FOTO FB khairudin.abuhanipah)

Media Baharu