fb fb fb fb fb

Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik mara ke pentas akhir

(FOTO FB BAM)

JAKARTA, 18 Jun- Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bakal membuat perhitungan di pentas akhir Terbuka Indonesia 2023 hari ini selepas menyingkirkan wakil tuan rumah di separuh akhir malam tadi.

Pilihan kedua kejohanan itu berdepan dengan tekanan ribuan penonton di Stadium Istora Senayan dan ketinggalan set pertama sebelum bangkit menewaskan Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yacob Rambitan 12-21, 23-21, 21-13 dalam tempoh 57 minit di separuh akhir.

Aaron-Wooi Yik, beregu ranking ketiga dunia akan berdepan dengan beregu ranking keenam dunia dari India,Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty di perlawanan akhir hari ini.

Gandingan India itu melangkah ke final selepas mengatasi pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, 17-21, 21-19, 21-18, dalam satu lagi aksi separuh akhir.


(FOTO FB BAM)

Media Baharu