NAIROBI (Kenya), 22 September - Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) mengancam untuk menyekat penyertaan atlet Kenya dalam kejohanan sukan dunia sekiranya atlet negara itu berterusan menggunakan bahan terlarang pada Kejohanan Olahraga Dunia 2025 di Tokyo.
Ia susulan kejayaan tujuh atlet Kenya menuai tujuh emas pada kejohanan yang menutup tirainya semalam.
Sejak 2017, kira-kira 140 atlet Kenya terutama pelari jarak jauh digantung Unit Integriti Olahraga (AIU) kerana terlibat dengan skandal doping.
Antara atlet terlibat juara maraton Olimpik 2016 Jemima Sumgong dan pemegang rekod dunia maraton Ruth Chepngetich.
Menurut bekas pelari jarak jauh Kenya, Ibrahim Hussein Kipkemtboi, kebanyakan atlet Kenya menyertai acara sukan disebabkan mahu keluar daripada kemiskinan.
"Untuk menang, mereka akan menggunakan pelbagai cara termasuk mengambil bahan terlarang. Ia merupakan peluang seumur hidup untuk mengubah nasib diri dan keluarga mereka," katanya.