SAN FRANCISCO, 22 September - Pasukan Dunia menjuarai pusingan akhir Kejohanan Tenis Piala Laver 2025 selepas menewaskan Pasukan Eropah 15-9.
Pada perlawanan akhir, pemain no. 5 dunia, Taylor Fritz berjaya mengetepikan cabaran wakil Pasukan Eropah yang juga pemain di ranking ketiga dunia, Alexander Zverev 6-3, 7-6.
“Tenaga daripada pasukan membuatkan saya berasa bersemangat untuk memberikan segala-galanya.
"Saya berasa lega apabila memenangi pertarungan akhir ini. Saya beraksi dengan baik demi pasukan kerana semua pemain juga beraksi sepenuh tenaga untuk menang," kata Fritz.
Sebagai rekod, Piala Laver yang berlangsung sejak Jumaat lepas menyaksikan Pasukan Dunia tewas 1-3 pada hari pertama.
Pasukan yang diketuai pemain legenda Andre Agassi itu kemudiannya bangkit pada hari kedua menerusi kemenangan 9-3.
Pasukan Dunia dan Eropah disertai masing-masing oleh sembilan pemain.
Antara pemain handalan lain yang menyertai Pasukan Dunia ialah pemain No. 8 dunia, Alex de Minaur manakala Pasukan Eropah disertai pemain No. 1 dunia, Carlos Alcaraz.