fb fb fb fb fb

Vissel Kobe kukuhkan kedudukan di ACL Elite, atasi Shanghai Shenhua 2-0

FOTO OFFICIAL VISEL KOBE

SHANGHAI, 27 November - Juara J-League, Vissel Kobe dari Jepun, mencatat kemenangan 2-0 ke atas tuan rumah Shanghai Shenhua pada Rabu, sekali gus membuka jurang tiga mata di tangga teratas Liga Juara Asia (ACL) Fasa Timur.

Gol daripada Yosuke Ideguchi pada minit ke-31 dan Tetsushi Yamakawa pada minit ke-39 memastikan Kobe meraih kemenangan keempat daripada lima perlawanan, mengatasi Melbourne City yang berada di tempat kedua.

Shenhua memberi tekanan awal apabila Andre Luis melepaskan rembatan terkena palang pada minit ke-15, namun Ideguchi membuka jaringan Kobe 16 minit kemudian hasil hantaran Daiju Sasaki, sebelum VAR mengesahkan gol itu selepas awalnya diisytiharkan offside.

Lapan minit kemudian, Yamakawa menggandakan kedudukan Kobe melalui sepakan sudut yang disempurnakan selepas percubaan Yuya Osako digagalkan penjaga gol.

Shenhua kecewa selepas beberapa peluang disia-siakan, termasuk percubaan Saulo Mineiro yang dibatalkan kerana kesalahan dalam permainan dan penalti Andre Luis diselamatkan penjaga gol Kobe, Shuichi Gonda, lapan minit sebelum tamat.

Sementara itu, juara dua kali, Ulsan Hyundai dari Korea Selatan, hanya seri 0-0 dengan Buriram United dari Thailand, meletakkan Ulsan di tempat keenam dengan lapan mata daripada lima perlawanan, manakala Buriram di kedudukan kelapan, ketinggalan satu mata.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE