fb fb fb fb fb

Federica Brignone kembali beraksi selepas tujuh bulan berehat

Jaguh luncur salji Itali, Federica Brignone

ROME, 27 November - Jaguh luncur salji Itali, Federica Brignone, kembali ke beraksi selepas tujuh bulan berehat akibat kecederaan kaki, dengan sasaran untuk bersaing di Sukan Olimpik Musim Sejuk pada Februari depan, menurut Persatuan Sukan Musim Sejuk Itali (FISI) pada Rabu.

Brignone cedera akibat terjatuh pada Kejohanan Itali pada 3 April lalu dan telah menamatkan fasa pertama pemulihan di Turin, kata FISI.

“Dia seterusnya beraksi di Cervinia, melengkapkan beberapa pusingan dengan ski touring bersama juruteknik persekutuan,” menurut kenyataan itu.

“Objektif pada peringkat ini adalah untuk menambah kestabilan dan keyakinan dalam pemulihan, matlamat yang akan diteruskan Brignone dalam beberapa minggu akan datang, dengan menggabungkan latihan kekuatan di gimnasium dan hari-hari tambahan di cerun,” menurut kenyataan tersebut.

Brignone sebelum ini menyatakan impiannya untuk bersaing di Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano-Cortina yang bermula 6 Februari.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE