fb fb fb fb fb

Vingegaard ungguli peringkat kesembilan Vuelta a Espana

FOTO AFP

VALDEZCARAY, 1 September - Juara dua kali Tour de France, Jonas Vingegaard, menguasai peringkat kesembilan Vuelta a Espana dengan serangan solo di pendakian penamat Valdezcaray pada Ahad, sekali gus merapatkan jurang kepada pendahulu keseluruhan, Torstein Traeen, kepada hanya 37 saat.

Pelumba Denmark dari pasukan Visma-Lease a Bike itu mendominasi pendakian kategori satu sejauh 13.2 kilometer pada penghujung kayuhan 195.5km dari Alfaro ke resort ski Valdezcaray.

Tom Pidcock dan Joao Almeida cuba mengejar tetapi terpaksa akur menamatkan saingan 24 saat di belakang.

Sementara itu, Traeen dari pasukan Bahrain Victorious yang sempat tercicir ketika mendaki, melancarkan serangan lewat di baki tiga kilometer terakhir untuk menamatkan perlumbaan satu minit 46 saat di belakang Vingegaard, sekali gus mengekalkan jersi merah selaku pendahulu keseluruhan.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE