BARCELONA, 5 Jun - Juara bertahan, Max Verstappen melakar kemenangan ketiga berturut-turut musim ini selepas menjuarai Grand Prix Sepanyol.
Pemandu 25 tahun dari Belanda itu yang bermula dari petak pertama berjaya menguasai perlumbaan sejak dari awal.
Pemandu Red Bull itu melintasi garisan penamat 24 saat lebih pantas meninggalkan juara dunia 7 kali dari pasukan Mercedes, Lewis Hamilton di tempat kedua.
Seorang lagi pelumba Mercedes, George Russell melengkapkan kedudukan podium ketiga.
Ia merupakan kemenangan ketiga Verstappen di Sepanyol dan kelima keseluruhan dalam tujuh perlumbaan musim ini.
Ia sekaligus melebarkan kelebihannya di puncak kejuaraan pemandu F1, 53 mata mengatasi rakan sepasukan, Sergio Perez yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-4.