LONDON, 5 Jun-Kelab Tottenham Hotspur semakin hampir bagi mengakhiri pencarian pengurus baharu apabila melantik Ange Postecoglou sebagai ketua jurulatih baharu.
Pada masa yang sama kelab yang berpengkalan di utara London itu terpaksa bersaing dengan Real Madrid yang menyasarkan Harry Kane sebagai pengganti penyerang Karim Benzema yang meninggalkan kelab tersebut baru-baru ini.
Spurs yang berada dalam keadaan terumbang-ambing sejak pemecatan Antonio Conte March lalu hampir pasti melantik Postecoglou yang masih lagi segar dengan kejayaan membimbing pasukan Celtic memenangi kejuaraan 'trebel' liga domestik.
Sebagai pengurus baharu, Postecoglou dianggap mempunyai tugas berat dalam mengembalikan semula mental dan moral para pemain Spurs yang mengharungi musim ini tanpa sebarang kejuaraan.
Dia yang mempunyai reputasi besar sebagai pengurus sebelum ini berpengalaman melatih Australia sehingga layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia sebelum meletakkan jawatan bagi melatih kelab Jepun, Yokohama F. Marinos.
Sementara itu, Pengerusi Spurs,Daniel Levy yang enggan menjual penyerang Harry Kane bakal diuji oleh Real Madrid yang kehilangan penyerang Karim Benzema yang dijangka menyertai kelab Liga Arab Saudi musim depan.
Sebelum ini, kelab bimbingan Carlo Ancelotti itu menyasarkan penyerang Chelsea, Kai Havertz musim lalu, namun gagal.
Namun, Madrid yang mendahului persaingan bagi mendapatkan pemain Borussia Dortmund, Jude Bellingham masih belum membuat sebarang keputusan berkaitan mendapatkan Harry Kane-theguardian.com
(FOTO AFP)