fb fb fb fb fb

Messi lawat Camp Nou, mahu kembali untuk ucap 'selamat tinggal'

Foto FB BARCELONA FC

BARCELONA, 10 November- Legenda Argentina dan Barcelona, Lionel Messi, pada Isnin menyatakan bahawa beliau telah melawat Camp Nou yang telah diubah suai, sambil menyuarakan harapan untuk kembali suatu hari nanti bagi mengucapkan ‘selamat tinggal’ secara rasmi.

Messi, 38 tahun meninggalkan kelab Catalan itu pada tahun 2021 untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG) berikutan masalah kewangan serius yang dialami kelab tersebut, sebelum berpindah ke Inter Miami dua tahun kemudian.

"Malam tadi saya kembali ke tempat yang saya rindui. Tempat di mana saya amat gembira, di mana anda membuatkan saya berasa seribu kali ganda seperti orang yang paling gembira di dunia."am

"Saya berharap suatu hari nanti saya boleh kembali, dan bukan hanya untuk mengucapkan selamat tinggal sebagai pemain, seperti mana yang tidak pernah saya lakukan," luah pemenang lapan kali anugerah Ballon d'Or itu di Instagram.

Messi baru-baru ini menjaringkan dua gol pada Sabtu lalu untuk Inter Miami, membantu kelab itu mara ke pusingan seterusnya play-off Piala MLS. -AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM