fb fb fb fb fb

PM ucap tahniah Malaysia capai sasaran Sukan Para ASEAN

(FB Anwar Ibrahim) 

KUALA LUMPUR, 6 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kontijen Malaysia yang berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas di temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.

Pingat emas ke-33 disumbang gandingan mantap Chee Chaoming- Brady Chin dalam acara beregu lelaki Ping Pong.

Anwar menerusi Twitter menyatakan keyakinan bahawa dengan berbaki tiga hari lagi sebelum upacara penutupan, atlet Malaysia akan terus mempamerkan aksi cemerlang di Kemboja.

(Pingat emas ke-33 disumbang gandingan mantap Chee Chaoming- Brady Chin dalam
acara beregu lelaki Ping Pong/MSN)

Media Baharu