fb fb fb fb fb

Fahmi Fadzil penaung baharu KLFA

(Khalid dalam sidang media KLFA di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerima tawaran menjadi penaung baharu Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA).

Presiden KLFA, Khalid Samad berkata, secara dasarnya Fahmi bersetuju tetapi ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi; antaranya dari aspek penajaan.

"Saya telah mendapat pengesahan daripada YB Fahmi Fadzil setuju untuk menjadi penaung KL City dan menetapkan syarat-syarat. Kena sebut jugalah, syaratnya ialah saya dan KL City jangan mendapatkan pembiayaan daripada syarikat telekomunikasi bawah kementerian kerana mereka tidak mahu karang dia akan dilihat terhutang dengan syarikat berkenaan kerana menyumbang membantu KL City," kata Khalid dalam sidang media KLFA di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di sini.

Kehadiran Fahmi diyakini dapat memperkukuh persatuan untuk menjalin kerjasama dan meraih penajaan daripada pelbagai sumber lain.

Khalid turut memaklumkan KL City akan menyertai kempen mempromosi Kuala Lumpur ke arah bandar raya rendah karbon.

(Fahmi Fadzil penaung baharu KLFA/Fail MFL)

Media Baharu