fb fb fb fb fb

Vera Zvonareva dihalang masuk Poland, terlepas aksi Terbuka BNP Paribas

(Vera Zvonareva / REUTERS)

WARSAW, 22 Julai- Pemain tenis Rusia Vera Zvonareva telah disekat daripada memasuki Poland pada Jumaat, atas sebab-sebab keselamatan negara dan keselamatan awam, kata kementerian dalam negeri, negara itu.

Pemain berusia 38 tahun itu, pemenang pingat gangsa pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, berada dalam senarai pemain pada kejohanan Terbuka BNP Paribas Warsaw bermula Isnin.

"Pengawal Sempadan menghalang pemain tenis Rusia daripada memasuki Poland. Vera Zvonareva, menggunakan visa yang dikeluarkan oleh Perancis, cuba masuk ke negara kita dalam penerbangan dari Belgrade ke Warsaw," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

"Selepas tiba dari Serbia, pemain tenis itu ditempatkan di zon transit Lapangan Terbang Warsaw Chopin dan hari ini selepas pukul 12.00 tengah hari dia terbang ke Podgorica."

Zvonareva berada dalam senarai orang yang dianggap tidak diingini di wilayah Poland, kata kementerian itu.

Poland telah menjadi salah satu sekutu paling setia Ukraine sejak Rusia menyerang negara itu pada 2022 dan negara itu telah menolak kemasukan individu yang menyokong tindakan Rusia dan Belarus.

Bagaimanapun, penganjur tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut.-REUTERS


(Vera Zvonareva / REUTERS)

Media Baharu