fb fb fb fb fb

Terbuka Taiwan: Tang Jie-Wen Tse sandaran terakhir negara

Pasangan beregu campuran negara, Chan Wen Tse (kiri) dan Chen Tang Jie (kanan) berentap pada pusingan separuh akhir Terbuka Taiwan

KUALA LUMPUR, 10 Mei- Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Chan Wen Tse muncul wakil tunggal negara yang layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan 2025.

Pasangan yang baharu digandingkan itu bakal berentap sekali lagi dengan wakil Indonesia iaitu Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu, petang ini, untuk mara ke pentas akhir.

Terdahulu, Tang Jie-Wen Tse menewaskan pasangan Indonesia, Bobby Setiabudi-Melati Daeva Oktavianti secara straight sets pada pusingan suku akhir, semalam.

Mereka menang 22-20 dan 21-10, dalam tempoh 28 minit.

Sementara itu, satu lagi pasangan beregu campuran negara Loo Bing Kun-Toh Ee Wei terkandas selepas tewas dalam pertarungan tiga set kepada pasangan Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Siti Fadia Silva Ramadhanti, 22-20, 17-21 dan 12-21.

Bagi acara perseorangan lelaki, Justin Hoh akur tewas kepada pemain tuan rumah, Wang Tzu Wei 13-21, 15-21 dalam masa 44 minit.

Nasib sama dialami perseorangan wanita, K. Letshanaa yang kalah kepada pemain pilihan kedua kejohanan, Sim Yu Jin dari Korea Selatan.

K. Letshanaa tewas dalam aksi tiga set, 16-21, 21-13 dan 15-21.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM