LEVERKUSEN, 10 Mei- Ketua jurulatih Bayer Leverkusen, Xabi Alonso mengumumkan akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim ini, selepas tiga tahun yang penuh kejayaan bersama pasukan Jerman itu.
Alonso, yang mula mengambil alih Leverkusen pada Oktober 2022, membawa kelab itu mencipta sejarah dengan menjuarai Bundesliga buat pertama kali tanpa mengalami sebarang kekalahan.
Selain itu, memenangi Piala Jerman dan layak ke pusingan akhir Liga Europa musim ini.
Meskipun kontraknya masih berbaki hingga 2026, Leverkusen dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa mereka telah bersetuju untuk memenuhi permintaan Alonso bagi menamatkan kontraknya lebih awal.
"Kami bersetuju minggu ini bahawa dua perlawanan akan datang akan menjadi aksi terakhir saya sebagai jurulatih Bayer Leverkusen," katanya kepada pemberita.
Leverkusen yang bakal menamatkan musim ini sebagai naib juara di belakang Bayern Munich, akan menentang Borussia Dortmund pada Ahad.
Aksi sekali gus menjadi perlawanan terakhir Alonso di laman sendiri sebelum menutup kempen Bundesliga di Mainz 05 pada 17 Mei.
Pengunduran Alonso mencetus spekulasi media mengenai kemungkinan beliau bakal mengisi jawatan pengurus di Real Madrid musim hadapan.- REUTERS