fb fb fb fb fb

Manchester United sah turun dengan skuad penuh di Bukit Jalil

Pengendali Manchester United, Ruben Amorim

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Pengendali Manchester United, Ruben Amorim mengesahkan semua pemain utama termasuk yang bakal beraksi di final Liga Europa pada 21 Mei akan dibawa ke Kuala Lumpur bagi perlawanan menentang ASEAN All Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei ini.

Dalam sidang media pra-perlawanan menentang West Ham, Amorim menyatakan, kehadiran penuh skuad bukan sekadar tuntutan komersial, tetapi simbol penghargaan kepada penyokong yang setia, meskipun kelab melalui musim yang mengecewakan.

“Kami mahu bina semula semangat kekeluargaan dan ini adalah cara terbaik untuk kembali rapat dengan peminat,” katanya sambil mengesahkan beliau turut terlibat dalam merancang siri jelajah itu.

Sekiranya United muncul juara Liga Europa selepas menentang Tottenham di Bilbao, aksi di Bukit Jalil dijangka menjadi pentas sambutan berganda bersama ribuan penyokong tempatan.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI