fb fb fb fb fb

Piala Hopman: Sepanyol diketuai Alcaraz gagal mara ke final

(Carlos Alcaraz / REUTERS)

PARIS, 23 Julai- Meskipun, juara Wimbledon minggu lalu, Carlos Alcaraz berjaya menewaskan pemain Croatia Borna Coric namun ia masih tidak dapat menghalang Sepanyol daripada tersingkir daripada saingan Piala Hopman pada Sabtu.

Pemain nombor satu dunia Alcaraz bangkit daripada ketinggalan untuk meraih kemenangan ke atas Coric 6-3, 6-7 (6/8), 10-5.

Bagaimanapun, Sepanyol akhirnya tersingkir daripada saingan ke final apabila Rebeka Masarova mudah ditewaskan oleh Donna Vekic 6-2, 6-1, begitu juga dengan beregu campuranĀ Alcaraz dan Masarova tewas 1-6, 6-4, 14-12 kepada Coric dan Vekic.

Sepanyol perlu menewaskan Croatia 3-0 untuk berpeluang mara ke final Ahad ini untuk menentang Switzerland.

Croatia akan menentang Switzerland pada perlawanan akhir pada Ahad.- AFP


(Borna Coric / REUTERS)

Media Baharu