fb fb fb fb fb

Shelly-Ann Fraser-Pryce masih berbisa

(FOTO REUTERS)

PARIS, 23 Julai- Bintang pecut Jamaica, Shelly-Ann Fraser-Pryce membuktikan kejaguhannya selaku ratu pecut apabila memenangi acara 100m pada Kejohanan Olahraga Madrid pada Sabtu, hanya dua hari selepas menjuarai acara sama di Switzerland.

Pemenang pingat emas Olimpik 2008 dan 2012, dan juara dunia lima kali itu, mencatat masa 10.83 saat.

Terdahulu, pada Khamis, atlet veteran berusia 36 tahun itu melakar 10.82 saat di Luzerne.

Selepas berehat panjang akibat kecederaan lutut pada awal musim, Fraser-Pryce kini sedang membina semula prestasi dan keyakinan menjelang kejohanan dunia di Budapest bermula 19 hingga 27 Ogos.

Atlet wanita itu dikatakan bakal menyertai acara 100m, 200m dan 4x100m di ibu negara Hungary.

"Saya berasa baik. Saya gembira dapat mengharungi dua perlumbaan yang sangat mantap minggu ini. Sekarang saya akan memberi tumpuan kepada Budapest," kata Fraser-Pryce.

"Saya belum pulih 100% daripada kecederaan saya, tetapi saya akan memberikan segalanya dan fokus pada diri saya sendiri."-AFP


(FOTO REUTERS)

Media Baharu