fb fb fb fb fb

Aaron Chia-Wooi Yik tewas kepada pasangan Taiwan

Foto BAM

KUALA LUMPUR, 9 Januari- Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mengakui kecewa selepas tumpas kepada gandingan Taiwan, Fang Chih Lee dan Fang Jen Lee pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 di ibu negara.

Aaron Chia menyifatkan mereka banyak melakukan kesilapan pada setiap set perlawanan berkenaan.

"Bagi saya aksi hari ini masih kurang, terlalu banyak kesilapan dalam yang dilakukan semasa berdepadan dengan pasangan dari Taiwan.

"Banyak kesilapan mudah dilakukan, jadi kami tidak dapat menekan pihak lawan dalam saingan ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tamat saingan Kejohanan badminton terbuka Malaysia 2025 di sini.

Dalam pada itu Aaron Chia-Wooi Yik menjadikan kekalahan itu sebagai penguat semangat untuk menampilkan aksi cemerlang pada perlawanan akan datang.

Terdahulu pasangan pada kedudukan ke-5 dunia itu berjaya ditundukan pasangan Taiwan dalam straight set 21-14 dan 21-18.

Pasangan beregu wanita negara, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien juga gagal melangkah ke peringkat seterusnya selepas tumpas kepada gandingan China, Liu Sheng Shu dan Tan Ning.

Pasangan pada kedudukan ke-37 dunia itu gagal menampilkan aksi cemerlang ketika berdepan gandingan nombor satu dunia itu.

Regu China menumpaskan Vivian Hoo-Lim Chiew Sien kira-kira 30 minit dengan 21-6 dan 21-5.

Kejohanan terbuka berkenaan merupakan aksi terakhir buat Vivian Hoo yang telah mengumumkan persaraannya.

Sementara itu pasangan regu lelaki negara, Nur Mohd Azriyn dan Tan Wee Kiong juga gagal mengesahkan slot ke peringkat suku akhir.

Pasangan pada kedudukan ke-32 dunia itu tumpas kepada pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty.

Gandingan pilihan ke-7 itu meraih kemenangan 21-15 dan 21-15 ke atas Nur Mohd Azriyn-Tan Wee Kiong dalam masa 42 minit.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI