KUALA LUMPUR, 10 Januari - Kem badminton negara terus cemerlang di pentas suku akhir apabila beregu lelaki negara Man Wei Chong dan Tee Kai Wun menjadi wakil ketiga menempah tiket ke separuh akhir.
Gandingan diranking ke-14 dunia itu tidak berdepan masalah menundukkan beregu Perancis Christo Popov dan Toma Junior Popov.
Pasangan negara berjaya mempamerkan aksi terbaik lantas meraih kemenangan 21-15 dan 21-11 dalam perlawanan yang berlangsung 31 minit.
Kemenangan itu menyaksikan mereka mencatatkan kemenangan kedua berturut ke atas wakil Perancis itu yang kali terakhir bertemu di Kumamoto Masters tahun lalu.
Ia merupakan kejayaan pertama buat beregu negara layak ke separuh akhir Terbuka Malaysia yang bertaraf Siri Super 1000 itu.
Menanti mereka adalah beregu di ranking ke-18 dari China, Chen Bo Yang-Liu Yi.
Manakala pasangan beregu lelaki negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi tidak meneruskan memontem terbaik apabila gagal melangkah ke peringkat separuh akhir.
Pasangan diranking ke-14 dunia itu memulakan permainan dengan baik namun tidak mampu menyaingi ketangkasan pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty.
Pasangan India memerlukan 50 minit untuk menumpaskan gandingan negara 26-24 dan 21-15.