KUALA LUMPUR, 11 Januari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan tahniah kepada atlet boling Natasha Roslan yang melakar sejarah apabila menjadi atlet boling wanita pertama negara merangkul kejuaraan Kejohanan Piala Dunia 2025 di Kowloon, Hong Kong malam tadi.
"Hebat! Memang luar biasa! Natasha Roslan melakar sejarah menjadi pemain boling wanita pertama negara menjuarai Piala Dunia. Pencapaian saudari luar biasa dan sangat membanggakan," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.
Anwar turut mengucapkan tahniah kepada Muhammad Rafiq Ismail yang meraih pingat perak bagi acara boling perseorangan lelaki.
Perdana Menteri turut mendokan semoga kejayaan kedua-dua individu itu menjadi sumber inspirasi kepada yang lain untuk mengharumkan nama Malaysia di persada sukan dunia.
"Moga kejayaan kedua-dua individu ini menjadi sumber inspirasi kepada yang lain untuk mengharumkan nama Malaysia di persada sukan dunia!," ujarnya lagi.