fb fb fb fb fb

Kejohanan Kuda Lasak Yang di-Pertuan Muda Terengganu 2025 melabuh tirai

Mohd Norsyafriman Azlan dari Royal Kelantan Endurance muncul juara kategori utama CEI 120 Kilometer / Foto FB TRG.my

SETIU, 6 Julai - Kejohanan Kuda Lasak Yang di-Pertuan Muda Terengganu 2025 berlangsung di Terengganu International Endurance Park TIEP disertai jaguh-jaguh penunggang kuda lasak dari negara jiran, Thailand dan Singapura.
 
Kejohanan selama empat hari itu mempertandingkan dua kategori pemula, Contor Endurance National 40 dan 80 Kilometer serta dua kategori Contor Endurance International-CEI bertaraf satu iaitu 100 Kilometer Senior dan Junior serta taraf dua bintang 120 Kilometer.
 
Bagi kategori utama CEI 120 Kilometer, Mohd Norsyafriman Azlan dari Royal Kelantan Endurance muncul juara dengan catatan masa 6:40:50 dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM10-ribu.
 
Dan, pakej pembakaan kuda Arab bernilai RM3,000 serta pakej kelas bersama Jurulatih Johari bernilai RM450, selain pingat dan piala.

Hari ini, Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan tersebut di Lembah Bidong, Setiu.
 
Dalam majlis ini, Tengku Muhammad Ismail diiringi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ir Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkenan menyampaikan hadiah kepada kesemua pemenang setiap kategori.
 

HASRON BIN HASSAN