fb fb fb fb fb

Piala Dunia Wanita: Kebakaran di hotel penginapan, Football Ferns 'okey'

(FOTO REUTERS)

AUCKLAND, 23 Julai- Pasukan New Zealand tetap berada dalam semangat yang baik untuk menempuhi kempen Piala Dunia Wanita disebalik kekacauan membabitkan kebakaran di hotel yang memaksa mereka berpindah pada malam Sabtu.

Ketua Pegawai Eksekutif  NZ Football, Andrew Pragnell berkata, pasukan itu 'berteduh' di sebuah restoran berhampiran Hotel Pullman selepas diarahkan keluar kira-kira pukul 8.00 malam.

Polis New Zealand kemudiannya menahan seorang suspek berhubung kebakaran itu dan individu tersebut bakal didakwa atas tuduhan membakar dan pecah masuk, katanya.

"Semua pemain dan kakitangan dalam keadaan sihat dan selamat," kata Pragnell kepada pemberita pada Ahad.

Kebakaran tersebut jelas menjejaskan fokus skuad dikenali sebagai Football Ferns itu yang mencatat kemenangan pada aksi pembukaan pada Khamis dengan menewaskan bekas Norway 1-0 di Eden Park.

Seterusnya mereka akan berdepan Filipina di Wellington pada Selasa.-REUTERS


(FOTO TWITTER)

Media Baharu