fb fb fb fb fb

Real bertemu PSG di separuh akhir selepas kemenangan ke atas Dortmund

Real Madrid lawan PSG separuh akhir Piala Dunia Kelab/Foto Reuters

NEW JERSEY, 6 Julai - Real Madrid menewaskan Borussia Dortmund 3-2 dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia Kelab

Real Madrid menewaskan Dortmund 3-2 pada Sabtu untuk mara ke separuh akhir Piala Dunia Kelab untuk pertembungan dengan Paris St Germain.

Gergasi Sepanyol itu mendominasi penguasaan mereka pada awal permainan di Stadium MetLife dengan kelebihan dua gol jaringan Gonzalo dan Fran Garcia pada minit ke-10 dan ke-20.

Skuad bimbingan Xabi Alonso kelihatan mengawal sepenuhnya untuk sebahagian besar perlawanan, sehingga 10 minit terakhir Dortmund berjaya merapatkan jurang menerusi gol Maximilian Beier minit ke-92.

Kylian Mbappe bagaimanapun tampil cemerlang dengan voli yang menakjubkan untuk gol ketiga Real pada minit ke-94.

Bagaimanapun pertahanan Real Dean Huijsen menerima kad merah kerana menarik

Serhou Guirassy berjaya mendapatkan penalti untuk gol kedua buat kelab Jerman itu selepas dijatuhkan Dean Huijsen yang turut menerima kad merah.

Mbappe berpeluang menentang bekas pasukannya buat kali pertama pada 10 Julai ini.- REUTERS

AZRUL FAIZAL JUSOH