fb fb fb fb fb

Peminat Liverpool memberi penghormatan kepada Diogo Jota di luar Anfield

Peminat memberi penghormatan di luar Anfield/foto Reuters

LIVERPOOL, 6 Julai - Peminat berkumpul di luar stadium Anfield di Liverpool pada Ahad hari keempat berturut-turut untuk memberikan penghormatan kepada pemain bola sepak Portugal Diogo Jota dan adiknya Andre Silva yang maut dalam kemalangan kereta pada Khamis.

Kematian Jota pada usia 28 tahun memberi kejutan kepada peminat bola sepak dengan mesej takziah mencurah-curah dari seluruh dunia.

Adik beradik itu maut selepas kereta Lamborghini dinaiki terbabas dan terbakar ketika dalam perjalanan dari Sepanyol ke Britain pada tengah malam Khamis.

Laporan polis memberitahu kemalangan berpunca disebabkan tayar pecah.

Pengebumian berlangsung di Gondomar, Portugal pada Sabtu.-REUTERS

AZRUL FAIZAL JUSOH