fb fb fb fb fb

Venus Williams kembali sertai Terbuka AS, peroleh tiket wildcard

Bintang tenis Amerika Syarikat (AS), Venus Williams/ Foto REUTERS

NEW YORK, 14 Ogos - Bekas juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) sebanyak dua kali, Venus Williams memperoleh tiket wildcard untuk edisi tahun ini, menurut pihak penganjur pada Rabu.

Ia ketika bintang tenis AS berusia 45 tahun itu meneruskan kebangkitan luar biasa dalam kariernya.

Williams mencatat sejarah bulan lalu apabila menjadi pemain tertua memenangi perlawanan perseorangan WTA sejak 2004, selepas menewaskan Peyton Stearns di Terbuka Washington, sekali gus menandakan kemunculan semula selepas 16 bulan berehat daripada saingan kompetitif.

Penyertaan kali terakhir Williams pada acara perseorangan di Terbuka AS adalah pada tahun 2023, di mana beliau tewas pada pusingan pertama kepada pemain Belgium, Greet Minnen.

Pemenang tujuh gelaran Grand Slam itu juga akan beraksi dalam acara beregu campuran berwajah baharu bersama rakan senegara, Reilly Opelka. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN