NEW YORK, 2 September – Ikon tenis Amerika Syarikat, Venus Williams, meneruskan aksi cemerlang di Terbuka AS apabila melangkah ke suku akhir acara beregu bersama rakan sepasukan, Leylah Fernandez.
Venus dan Leylah menewaskan pasangan Rusia, Ekaterina Alexandrova dan Zhang Shuai dari China, dengan keputusan 6-3, 6-4.
Ia pencapaian pertama di peringkat itu dalam kejohanan Grand Slam sejak tahun 2016.
Mereka dijadualkan menentang pilihan utama Katerina Siniakova dari Republik Czech dan Taylor Townsend dari Amerika Syarikat. - AFP
