fb fb fb fb fb

Venue Piala AFF 2022: FAM cari stadium terbaik buat Harimau Malaya

KUALA LUMPUR, 22 Oktober- Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM sedang membuat penilaian beberapa padang yang akan menjadi 'venue home' Harimau Malaya bagi aksi Piala AFF 2022.

Setiausaha Agongnya, Noor Azman Rahman berkata keputusan tersebut akan diputuskan pada 25 Oktober ini.

Jelas Noor Azman antara venue yang sedang dipertimbangkan ialah Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Sultan Ibrahim, Stadium Sultan Mizan, Stadium Hang Jebat dan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

"Ada beberapa padang yang kita tengah nilaikan.

"Kemungkinan Bukit Jalil kita akan gunakan, tapi apapun saya akan muktamadkan dengan Presiden, dengan pengurusan pada hari Selasa," katanya di sini.

(Noor Azman Rahman)

Dalam pada itu, Noor Azman turut memaklumkan skuad Kim Pan-gon akan menghadapi dua perlawanan persahabatan sebagai persiapan menghadapi kejohanan tersebut.

Media Baharu