fb fb fb fb fb

Lebih banyak sukan bertaraf antarabangsa akan dianjurkan di Johor tahun hadapan

ISKANDAR PUTERI, 22 Oktober- Lebih banyak sukan bertaraf antarabangsa akan dianjurkan di Johor tahun hadapan, sebagai usaha merancakkan sektor pelancongan sukan dalam negeri.

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri, Mohd Hairi Md Shah berkata penganjurannya nanti melibatkan kerjasama kerajaan negeri dan Majlis Sukan Negeri Johor, (MSNJ).

Menurutnya, penganjuran sukan antarabangsa itu bermanfaat kepada ekonomi negeri, susulan kemasukan pelancong.

Ini dibuktikan menerusi penganjuran kejohanan Petanque Antarabangsa di Johor Ogos lalu dan, Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor, yang bermula hari ini.

"Itu yang saya lihat, sukan tourism, cukup menitikberatkan,segala aspek yang kita inginkan, dengan fasiltii bertaraf antarabangsa, banyak yang sudah disiapkan.

"Jadi insya-Allah pada 2023, saya bersama dengan Pengarah MSNJ akan merancangkan lebih banyak sukan yang bertaraf antarabangsa," katanya.

(Mohd Hairi Md Shah)

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pelancaran Sukan Bangsa Johor 2022 di Velodrom Johor, di sini, yang disertai Pengarah MSNJ, Nor Syazlan Abdul Razak.

Sukan Bangsa Johor disertai 1,993 pemain, jurulatih dan pegawai daripada 56 Kontinjen Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negeri mempertandingkan sukan sepak takraw, bola keranjang, bola jaring dan futsal.

Ia melibatkan peruntukan bantuan subsidi RM1.120 juta oleh Kerajaan Negeri, iaitu tertinggi pernah diperuntukkan, berbanding hanya RM7,500 bagi tiga jenis sukan pada 2019.

Media Baharu