fb fb fb fb fb

Agilan 'Alligator' tewaskan lawan dari Jerman dalam kelas Middleweight

KUALA LUMPUR, 22 Oktober- Atlet seni bela diri campuran negara, Agilan Thani membuktikan dirinya masih berbisa selepas menewaskan Ilja Stojanov dari Jerman dalam kelas middleweight Kejohanan ONE Championship.

Agilan yang mendapat julukan "Alligator" menang dengan keputusan "submission" pada pusingan kedua.


(Atlet seni bela diri campuran negara, Agilan Thani)

Ini kemenangan ke-10 Agilan dalam kariernya sebagai atlet profesional.

Kejayaan itu turut menutup episod tiga kekalahan berturut-turut yang dialaminya sebelum ini.

Menurut Atlet MMA negara, Agilan Thani, semua perlawanan agak mencabar sebab tidak senang lawan di One Championship selepas lawan Ben Askren, semua perlawanan adalah susah.

" Saya mendedikasikan kemenangan ini kepada isteri saya kerana dia sangat kuat melalui kehamilan dan menyokong kerjaya saya," katanya

Beraksi di Stadium Axiata Bukit Jalil, Agilan menggunakan strategi bertahan sambil menunggu peluang untuk menyerang balas sepanjang pertarungan.

Peluang itu muncul pada pusingan kedua apabila Agilan berjaya mengunci lawannya dengan gerakan istimewanya sehingga menyebabkan lawannya menyerah kalah.

Media Baharu