fb fb fb fb fb

PESAKA anjur Festival Silat Seni Antarabangsa

GOMBAK, 16 April - Usaha memartabatkan warisan silat negara terus digerakkan.

Terbaharu Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) bakal menganjurkan Festival Silat Seni Antarabangsa dari 21 hingga 24 Julai.

Menurut Presidennya, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, penganjuran festival itu penting bagi memenuhi keperluan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) yang mengiktiraf silat sebagai warisan Malaysia.

(Festival Silat Seni Antarabangsa akan diadakan mulai 21 hingga 24 Julai)

"Yang ini penting untuk memenuhi apa yang telah diluluskan oleh UNESCO bahawa silat Malaysia warisan tidak ketara dunia, milik negara kita. Jadi untuk memastikan pengiktirafan UNESCO masih lagi kekal maka kita telah bersetuju untuk mengadakan Festival Silat Seni Antarabangsa.

"ini adalah penting untuk kita selain mempromosikan sukan silat, yang penting silat adalah sebagai salah satu daripada elemen seni budaya dapat kita pertahankan," kata Megat Zulkarnain di sini.

Silat disenaraikan oleh UNESCO bawah kategori warisan budaya tidak ketara kemanusiaan pada 2019.

Media Baharu