fb fb fb fb fb

Uruguay, juara Piala Dunia Bawah-20

FOTO AFP

LA PLATA, 12 Jun- Uruguay berjaya merangkul gelaran juara Piala Dunia Bawah-20 tahun pertama selepas berjaya menundukkan Itali 1-0, pada Ahad.

Aksi yang berlangsung La Plata itu terikat panjang dengan keputusan seri 0-0 sehingga ke penghujung permainan.

Bagaimanapun, pemain tengah Uruguay, Luciano Rodriguez memecah kebuntuan permainan dengan menanduk masuk bola ke gawang lawan pada minit ke-86.


(FOTO AFP)

Penjaga gol Itali, Sebastiano Desplanches yang gagal menepis tandukan itu akur dengan keputusan itu kekal hingga tamat permainan.

Meski memperoleh 11 minit bagi masa tambahan, Itali yang mengawal permainan gagal mencari gol penyamaan.

Sepanjang permainan, Uruguay mencatatkan 15 kali percubaan manakala Itali hanya tiga.

Selain itu, tujuh kad kuning dilayangkan pada perlawanan akhir itu masing-masing dua dari Uruguay dan lima dari skuad Gli Azzurrini.

Tempat ke-3, menjadi milik Israel selepas menewaskan Korea Selatan 3-1.

Sementara itu, Anugerah Sarung Tangan Emas diberikan kepada penjaga gol Itali, Sebastiano Desplanches.

Pemain tengah Itali, Cesare Casadei , pertahanan Uruguay Alan Matturro dan pemain tengah Korea Selatan, Lee Seungwon masing-masing turut dinobatkan Anugerah Bola Emas, Perak dan Gangsa Adidas.- REUTERS


(FOTO AFP)

 

Media Baharu