fb fb fb fb fb

Novak Djokovic tambah koleksi piala, menang Terbuka Perancis

FOTO AFP

PARIS, 12 Jun- Novak Djokovic mencipta sejarah tersendiri dalam saingan tenis lelaki apabila merangkul gelaran Grand Slam ke-23nya.

Pencapaian terhebat dalam kariernya itu diraih selepas menewaskan pemain Norway, Casper Ruud pada aksi akhir lewat malam tadi.

Pemain nombor tiga dunia itu bagaimanapun diberi tentangan sengit sebelum menang 7-6, 6-3 dan 7-5 dalam tempoh lebih tiga jam.

Sejak memenangi Grand Slam pertamanya di Terbuka Australia pada 2008, Djokovic terus mencipta kejayaan demi kejayaan.

Kini dia telah memintas koleksi Grand Slam yang dimiliki bintang tenis Sepanyol, Rafael Nadal.

Kedua-dua bintang tenis itu sebelum ini berkongsi rekod 22 kejuaraan.

Pemain Serbia berusia 36 tahun itu kini menjadi perseorangan lelaki pertama memenangi sekurang-kurangnya tiga daripada kesemua kejohanan utama, sekali gus membuktikan dia bukan hanya hebat di sesetengah gelanggang.- REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu