fb fb fb fb fb

Sukan Asia 2022: Khairul Hafiz tekad baiki catatan masa

(Foto BERNAMA)

AYER KEROH, 12 Jun- Jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan tekad meningkatkan kepantasannya dan komited dengan kemampuannya untuk mengulang sejarah sebagai Raja Asia Tenggara.

Khairul Hafiz berazam untuk membaiki catatan masa dalam acara 100 meter (meter) dan 4x100m pada Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) di Bangkok bulan depan.

Selain ATF, pelari pecut berusia 25 tahun itu juga mahu memberi tumpuan dan meningkatkan prestasi untuk layak beraksi pada saingan Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China September ini.

"Saya kini fokus pada Sukan Asia 2022 yang berlangsung pada September ini tetapi sebelum itu terdapat ATF yang berlangsung pada 12 Julai. Saya harap dapat buat yang terbaik dan dapat meningkatkan kepantasan pada sukan kali ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Insentif kepada Atlet Melaka bagi pemenang pingat Sukan SEA ke-32 Kemboja di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu