fb fb fb fb fb

Pertahanan versatil, Nacho kekal di Real Madrid

(FOTO AFP)

BARCELONA, 11 Jun-Pertahanan Real Madrid, Nacho mengesahkan pada Ahad, dia akan kekal bersama kelab tersebut sehingga tamat kontrak pada Jun 2024.

Pertahanan versatil berusia 33 tahun itu dipanggil menyertai pasukan Sepanyol pada kempen Liga Negara-Negara Eropah menggantikan pertahanan Osusuna, David Garcia yang tercedera.

"Terdapat banyak tawaran, membuat keputusan untuk kekal untuk tahun berikutnya.

"Saya gembira dan berhasrat untuk menyambung kontrak", katanya kepada TVE.

Nacho yang bermain sebanyak 44 kali buat Real Madrid menjadi pemain penting untuk kelab bermula daripada zaman remaja.

Bekas pengurus, Jose Mourinho memberinya peluang pada penampilan pertama pemain itu pada 2011 dan telah bermain sebanyak 319 kali bagi kelab gergasi Sepanyol.

Nacho telah memenangi lima kejuaraan Liga Juara dan tiga kejuaraan La liga dan pelbagai trofi kejuaraan.-AFP


(Pertahanan versatil Real Madrid, Nacho dalam satu aksi La Liga/FOTO AFP)

Media Baharu