fb fb fb fb fb

Liga Juara: Man City lakar era baharu bola sepak Eropah

(FOTO AFP)

ISTANBUL, 11 Jun-Pengurus Manchester City, Pep Guardiola tertawa apabila ditanya berkaitan kemampuan kelab berkenaan bagi menyamai rekod kejuaraan Eropah milik Real Madrid selepas memenangi kejuaraan Liga Juara menewaskan Inter Milan pada Ahad.

"Awas Real Madrid. Sekiranya anda leka, kami akan dapatkan kamu", katanya sambil berseloroh selepas kemenangan pertama kelab itu pada saingan elit kelab Eropah yang menyaksikan 'The Citizen' berjaya memenangi kejuaraan trebel.

Gol jaringan Rodri memberi kemenangan di Stadium Atarturk Olimpik memberi kejuaraan Eropah pertama buat kelab berkenaan selepas gagal melakukannya beberapa tahun sebelum ini.

Pemilik kelab, Abu Dhabi mempunyai masa bagi menyamai rekod 14 kejuaraan milik Real Madrid. Sekiranya kelab itu berjaya melakukannya, ia akan dianggap sebagai satu pencapaian buat kelab berkenaan.

Real Madrid antara gergasi Eropah berjaya mendominasi kejuaraan Eropah sebanyak lima kali di sebalik kebangkitan Manchester City dan Paris Saint Germain (PSG) yang di sokong oleh jutawan dan konglomorat dari negara Teluk.

Menurut Rodri, pemain terbaik perlawanan Liga Juara Ahad lalu, Manchester City masih menginginkan banyak lagi kejuaraan pada musim seterusnya.

"Perkara yang baik ialah kami mahukan lebih banyak lagi kemenangan", katanya.

'The Citizen' merupakan kelab kedua Inggeris yang berjaya memenangi kejuaraan trebel selepas Manchester United melakukannya pada 1999.

-Transformasi-

Pada 2008, Manchester City hanyalah sebuah pasukan biasa yang menduduki tangga kesembilan liga sebelum dibeli oleh Kumpulan Abu Dhabi dengan sokongan Sheikh Mansour bin Zayed al-Nahyan.

Sejak pengambilalihan tersebut, Manchester City telah memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris ketujuh dalam tempoh 12 tahun.

Kelab tersebut turut memenangi tiga Piala FA dan enam Piala Liga. Kini mereka mendakap Liga Juara yang pertama.

Sheikh Mansour, naib presiden Emiriah Arab Bersatu, dalam satu kenyataan berkata perancangan strategi yang telah dirancang sejak 15 tahun dahulu mula menampakkan hasil.

Salah satu faktor kejayaan kelab itu kini adalah kerana Pep Guardiola, namun pelatih itu turut mengakui pencapaian cemerlang yang diraih Manchester City tidak akan mampu dicapai kelab itu sekiranya tiada pengambilalihan pada 2008.

"Dengar, salah satu sebab utama kelab ini berjaya hari ini adalah kerana Sheikh Mansour.

"Tanpanya, kita tidak akan berada di sini.

Itu adalah perkara yang paling penting," kata Guardiola.

'The Citizen' dilihat akan terus mendominasi saingan Eropah pada musim depan dengan syarat mengekalkan Guardiola sebagai Pengurus.

“Saya tidak mahu selepas satu Liga Juara-Juara hilang, jadi kami perlu bekerja lebih keras musim depan dan berada di sana,” katanya.-AFP



(Pengurus Manchester City, Pep Guardiola/FOTO AFP)

Media Baharu