fb fb fb fb fb

Olimpik Khas Dunia 2023, 16 atlet galas cabaran

(FOTO BERNAMA)

PETALING JAYA, 11 Jun - Seramai 16 atlet orang kurang upaya (OKU) cacat intelektual bakal menggalas cabaran negara di Sukan Olimpik Khas Dunia 2023 yang akan berlangsung di Berlin, Jerman bermula 17 hingga 25 Jun ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, peruntukan sebanyak RM160,000 diberikan Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai persediaan kontinjen negara.

(Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh / FOTO BERNAMA)

“Pihak KBS, saya dan MSN akan melihat apa lagi bantuan yang boleh diberikan, khasnya kepada jurulatih kerana untuk sukan ini, ia bukan mudah. Kita akan lihat apa sokongan yang boleh diberikan kepada jurulatih,”katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Malaysia, di sini.

Malaysia akan menyertai enam acara meliputi sukan renang, boccia, badminton, olahraga, ping pong dan boling.

Hannah pada masa yang sama turut menaruh harapan lebih ramai atlet OKU melibatkan diri secara aktif untuk terpilih membawa cabaran negara ke Sukan Olimpik Khas Dunia pasa masa akan datang.

Media Baharu