RIYADH, 9 November - Bintang tenis wanita Kazakhstan, Elena Andreyevna Rybakina menutup kempen WTA Finals dengan penuh bergaya apabila mengejutkan pemain nombor satu dunia, Aryna Sabalenka, 6-3, 7-6 dalam perlawanan akhir pada Sabtu.
Kemenangan tersebut merupakan gelaran pertama buat Rybakina dalam kejohanan berkenaan sekali gus membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah AS$5.235 juta (RM24.7 juta).
Meskipun mengalami kecederaan bahu, Rybakina mempamerkan aksi bertenaga menerusi beberapa pukulan kencang bagi membolehkannya memenangi set pertama 6-2.
Pada set kedua, juara Wimbledon 2022 itu terus menguasai permainan dengan hanya kehilangan dua mata daripada empat servisnya.
Rybakina turut berjaya mempertahankan servis penting pada permainan ke-10 selepas Sabalenka melakukan kesilapan memukul bola ke jaring.
Rybakina kemudian melakukan servis Ace untuk memaksa perlawanan berlanjutan ke tie-break.
Rybakina tidak memberikan peluang kepada Sabalenka untuk memastikan kemenangan 7-6 sekali gus menjulang kejuaraan berprestij berkenaan. -REUTERS