fb fb fb fb fb

Undian Piala FA 2024: JDT, Kedah dapat laluan mudah

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 17 Mei - Juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapat laluan mudah untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA buat kali ketiga berturut-turut apabila mendapat laluan mudah apabila diundi menentang Kelantan Darul Naim (KDN) FC di laman sendiri di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dalam pusingan 16 terbaik.

Melalui undian semalam (Khamis), Harimau Selatan dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super lain serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro pada pusingan kalah mati itu.

Dalam pada itu, Kedah Darul Aman (KDA) FC turut meraih laluan mudah berdepan cabaran wakil Liga A1 Semi Pro, Bukit Tambun FC; sementara Kuala Lumpur City FC (KL City) akan menentang Kuching City FC.

Sementara itu, Selangor FC pula akan menguji Negeri Sembilan FC; sementara Terengganu FC akan berdepan cabaran Perak FC.

Aksi pusingan 16 terbaik Piala FA bakal berlangsung dengan format satu perlawanan pada 13 hingga 15 Jun ini.

Manakala peringkat suku akhir dan separuh akhir bakal dijalankan secara timbal balik.

JDT merangkul kejuaraan Piala FA musim lepas, setelah menumpaskan KL City 2-0.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD